Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

154) PROJEK PENANAMAN NENAS MD2

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan untuk projek penanaman nenas MD2 yang disalurkan untuk pengusaha-pengusaha nenas Negeri Selangor?

    Peruntukan yang disalurkan adalah sebanyak RM300,000.00 melalui Kerajaan Negeri dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) untuk membangunkan kawasan penanaman nanas MD2 seluas 60 ekar.

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menjadikan projek ini sebahagian daripada agenda melestarikan pertanian Negeri Selangor?

    Projek penanaman nanas MD2 merupakan projek tanaman berpenghasilan dan bernilai tinggi yang menjadi fokus kepada pembangunan ekonomi Sabak Bernam. Nanas MD2 mempunyai pasaran yang luas dengan harga yang baik supaya petani boleh mendapatkan pulangan yang lumayan. Projek ini dapat melestarikan pertanian khususnya dan ekonomi Negeri Selangor amnya.

  3. Nyatakan senarai penerima bantuan pertanian dan jumlah yang diterima oleh mereka.

    Terdapat 8 peserta yang terlibat dalam projek ini. Bantuan yang diberikan termasuk penyediaan kawasan, benih, input pertanian dan bimbingan khidmat nasihat.

Lampiran

Tiada Lampiran.