Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
319) PROJEK PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN AWAM DESA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan pecahan peruntukan yang disediakan untuk penambahbaikan kemudahan awam desa di seluruh Negeri Selangor
Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan berjumlah RM4 juta di bawah Vot Menteri Besar dan SUK – P01/02004 – Kemudahan Asas Desa untuk tahun 2015 khas untuk penambahbaikan kemudahan asas desa termasuklah balairaya dan dewan orang ramai di Negeri Selangor.
-
Nyatakan kawasan yang terlibat dengan projek penambahbaikan tersebut?
Semua Pejabat Daerah/Tanah telah dimaklumkan mengenai peruntukan tersebut dan telah mengemukakan senarai cadangan projek bagi menaiktaraf kemudahan asas desa di daerah masing-masing. Memandangkan peruntukan tersebut tertakluk kepada keperluan, pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri sedang dalam proses penilaian dan membuat lawatan tapak bagi mengenal pasti projek yang mempunyai keperluan untuk dinaiktaraf menggunakan peruntukan tersebut serta kewajaran kos projek yang dicadangkan. Selain daripada itu, aspek kekerapan penggunaan/aktiviti juga penting untuk diteliti bagi mendapatkan pulangan terbaik bagi setiap wang peruntukan yang di belanjakan oleh Kerajaan Negeri.