Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

47) PROJEK PEMULIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status penambahan sebanyak sepuluh (10) ‘mini log boom' di tributari dan ‘monsoon drain' bagi meningkatkan kecekapan operasi?

    Untuk mengawal sisa pepejal yang berpunca daripada aktiviti perbandaran sebelum memasuki Sungai Klang, sepuluh (10) lokasi bagi pemasangan “mini log boom” di tributari dan “monsoon drain” telah dikenalpasti bagi meningkatkan kecekapan operasi. Status kerja rekabentuk (design) untuk “mini log boom” telah disiapkan dan kini dalam proses penyelarasan dengan pihak berkuasa tempatan bagi pemasangan dan penyelenggaraan “mini log boom” tersebut.

    Anggaran kos untuk pembinaan 10 mini log boom adalah sebanyak RM2.1 juta dan kos penyelenggaraan setahun dianggarkan sebanyak RM1.2 juta bagi 10 mini log boom tersebut.

    Perkara ini akan dibawa ke Kerajaan Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan pelaksanaan oleh agensi berkaitan. Pemasangan 10 mini log boom tersebut dijangka akan dilaksanakan seawal tahun 2025, tertakluk kepada kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.