Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
263) PROJEK PEMULIHAN JALAN DAN CERUN YANG KRITIKAL DI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan bagi projek pemulihan jalan dan cerun yang kritikal oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Peruntukan penyenggaraan Jalan Negeri yang telah diluluskan pada tahun 2022 dibawah pelaksanaan program MARRIS adalah berjumlah RM 110,813,498.62. Pecahan mengikut program kerja adalah seperti Lampiran 1.
-
Senaraikan projek-projek pembaikan cerun dan jalan yang telah dilaksanakan setakat ini. Perincikan mengikut daerah.
Senarai projek–projek baikpulih jalan rosak dan pembaikan cerun adalah seperti Lampiran 2.