Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
65) PROJEK PEMBINAAN SELAYANG STARCITY MALL
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Projek Selayang StarCity Mall telah berhenti melebihi setahun. Apakah rancangan Pihak Berkuasa Negeri untuk memastikan projek tersebut tidak akan terbengkalai?
Berdasarkan kepada semakan dengan pemaju, projek tersebut tidak terbengkalai. Pihak pemaju sedang dalam proses melantik kontraktor baru untuk menyiapkan projek tersebut.
-
Adakah Pemaju yang sama mempunyai projek pembangunan yang lain dalam Negeri Selangor?
MPS tiada maklumat berkaitan projek lain oleh pemaju.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk menyenaraihitamkan pemaju Selayang StarCity Mall sekiranya projek Selayang StarCity Mall dibukti terbengkalai?
Jawapan oleh Kerajaan Negeri.