Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
68) PROJEK PEMBINAAN SELAYANG STARCITY MALL
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Projek Selayang StarCity Mall telah terbengkalai memandangkan nampaknya kerja-kerja pembinaan di tapak telah berhenti sejak pertengahan tahun 2016?
Kemajuan kerja untuk kompleks perniagaan adalah 70% di mana kerja-kerja utk fasa 1 siap mengikut masa. Kerja-kerja di tapak diberhentikan sementara kerana pihak pemaju dan kontraktor sedang menyemak semula kontrak kerja dan perjanjian di mana kerja-kerja di tapak akan disambung semula.
-
Sekiranya Projek tersebut tidak terbengkalai, bila ianya akan dijangka siap?
Kompleks perniagaan ini dijangkakan siap penghujung tahun 2017.
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan tapak projek tersebut tidak membiakkan nyamuk terutamanya nyamuk aedes?
Pemaju ada menyediakan pest control operator yang melaksanakan kerja-kerja larvaciding & semburan kabus secara berkala setiap minggu. Syarat yang dikeluarkan oleh PKD Gombak dan MPS. Setiap pemaju wajib melantik pest control operator sendiri untuk melaksanakan kerja-kerja kawalan nyamuk di tapak bina. Laporan kerja kawalan dihantar setiap bulan ke PKD Gombak.