Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

297) PROJEK PEMBINAAN RANGKAIAN PAIP PEMBETUNGAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah masalah sebenar kelewatan menyiapkan Projek Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan di Jalan Enggang, Jalan AU2 sehingga Jalan AU5, Hulu Kelang yang sudah berlarutan lebih 9 tahun? Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kontraktor utama, Puncak Niaga Construction yang gagal untuk menyiapkan mengikut jadual dan menimbulkan pelbagai kesusahan kepada rakyat dan pengguna jalanraya?

    Untuk makluman, projek pembinaan rangkaian pembetungan merujuk kepada pelaksanaan projek pembetungan pakej D44 Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan di Bunus, Kuala Lumpur (Reka dan Bina). Ini merupakan projek Kerajaan Persekutuan. Sehingga 18 Oktober 2023, projek pakej D44 telah mencapai kemajuan sebanyak 92.51%. Projek ini mengalami kelewatan sebanyak 5.33%. Antara kekangan pelaksanaan projek yang menyebabkan kelewatan adalah pertindihan kawasan kerja dengan pihak ketiga, keadaan tanah yang tidak menentu di tapak dari tanah yang bersifat terlalu poros sehingga ke tanah berbatuan keras. Cabaran untuk melaksanakan kerja-kerja pemasangan paip di kawasan bandar yang mempunyai ruang kerja yang terhad di kawasan penduduk yang berkepadatan tinggi, rizab jalan yang turut mempunyai utiliti lain seperti paip air, TNB dan kabel telekomunikasi, kawasan trafik tinggi menjadikan produktiviti kerja di tapak agak perlahan. Pihak kontaktor juga menghadapi masalah kekangan kewangan bagi menyiapkan kerja-kerja di tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.