Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

17) PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN SUNGAI SERING

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini projek tersebut selepas Majlis Pecah Tanah dilakukan pada 22/2/2014.

    Untuk makluman Yang Berhormat, status terkini projek Rumah Selangorku Taman Ukay Indah Sungai Sering adalah memfokuskan kepada pembangunan Sistem Bekalan Air Bersepadu (IWSS) Fasa 1B yang mana melibatkan lapan

    (8) pemaju yang berkongsi kos untuk membina sistem bekalan air tersebut. Projek Rumah Selangorku Taman Ukay Indah Sungai Sering merupakan penyumbang kos terbesar iaitu lebih RM10 juta bagi menampung pembinaan IWSS Fasa 1B yang keseluruhan kos dianggarkan melebihi RM20 juta. Walaupun kerja-kerja pembinaan Rumah Selangorku masih tertangguh sehingga kini disebabkan terdapatnya tuntutan daripada pemaju asal tapak tersebut di mahkamah, namun kerja-kerja pembinaan IWSS Fasa 1B tetap diteruskan memandangkan ianya memberi kesan kepada penduduk-penduduk di beberapa projek di Ukay Indah yang masih tidak dapat memiliki Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) penuh akibat kegagalan pemaju-pemaju menyediakan sistem bekalan air secara tetap hampir 10 tahun. Di samping itu juga, proses pengambilan balik tanah bagi tujuan laluan keluar masuk juga telah pun dimulakan yang mana proses pendengaran bantahan telah pun diadakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.

  2. Sila perjelaskan secara terperinci apakah kekangan yang dihadapi?

    Antara kekangan yang dihadapi dalam membangunkan Projek Rumah Selangorku adalah seperti berikut:

     

    • Tuntutan saman oleh pemaju asal tapak kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) / Kerajaan Negeri yang menyebabkan kerja-kerja pembinaan tertangguh sehingga

     

    • Bantahan awalan daripada penduduk sekitar berkenaan dengan isu trafik dan pembangunan Rumah Selangorku. Sesi penerangan kepada penduduk telah diadakan sebanyak dua (2)

     

    • Pengambilan balik tanah bagi tiga (3) lot untuk tujuan pelebaran jalan keluar

     

    • Perkongsian kos bagi pembangunan Sistem Bekalan Air Bersepadu (IWSS) Fasa 1B. Kerajaan Negeri menyumbang lebih RM10 juta daripada kos keseluruhan lebih RM20 juta akibat kegagalan pelaksanaan projek IWSS ini sebelum ini. Ia telah mengakibatkan projek-projek perumahan di sekitar tapak projek yang telah siap dan diduduki hampir 10 tahun yang masih belum memiliki Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) penuh sehingga kini.
  3. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang bakal disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk pembinaan projek tersebut?

    Peruntukan pelaksanaan Projek Rumah Selangorku ini adalah menggunapakai Tabung Pusingan Rumah Mampu Milik sebanyak RM100 juta sebagaimana yang telah diumumkan pada Belanjawan Tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.