Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
74) PROJEK PEMBINAAN KAWASAN PERUMAHAN BUKIT TERATAI- TERATAI RESIDENCE
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah unit rumah atau shop akan dibina?
Kawasan pembangunan ‘Teratai Residence’ telah dimajukan oleh Syarikat Dergahayu Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat di bawah Dergahayu Group. ‘Teratai Residence’ yang berkeluasan 2.06 ekar adalah sebahagian daripada fasa keseluruhan pembangunan Taman Bukit Teratai yang berkeluasan 135.24 ekar yang mengandungi blok kedai Pejabat 3 tingkat sebanyak 96 unit di atas sebahagian lot 41123 dan lot 41218, Mukim Ampang.
-
Berapakah parking akan disediakan dalam pembinaan tersebut
Jumlah tempat letak kereta yang disediakan adalah sebanyak 66 petak. Tempat letak kereta OKU sebanyak 2 petak dan tempat letak motosikal sebanyak 37 petak.
-
Adakah pelan pembangunan telah diluluskan oleh pihak MPAJ?
Kebenaran Merancang bagi pembangunan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 7/2006 pada 29 Jun 2006.