Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

130) PROJEK PEMBINAAN DAN MENAIKTARAF

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status projek pembinaan dan menaiktaraf sistem saliran dan perparitan oleh pihak JKR / JPS/ MBSA di Bukit Kemuning, Taman Sri Muda dan Kemuning Utama?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sedang melaksanakan Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Taman Sri Muda, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan. Antara skop kerja utama yang dilaksanakan adalah perlindungan tebing, pemasangan screw pump, pembinaan kuarters, pembinaan TNB compact sub serta komponen elektrikal. Perincian projek adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Tajuk Skop Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Taman Sri Muda, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan a)  Perlindungan tebing

    b)  Pemasangan screw pump

    c)  Pembinaan kuarters

    d)   Pembinaan TNB compact sub serta komponen elektrikal

    6,885,000.00 1.7.2021

    1.7.2023

     

    EOT No. 1: 2.8.2023

     

    EOT No. 2: 24.1.2024

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual: 88%

    Sebenar: 87%

    (sehingga

    27 Oktober 2023)

    Terdapat empat (4) projek sedang dilaksanakan oleh pihak Majlis di kawasan Taman Sri Muda. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:-

    Bil. Tajuk

    Status Kemajuan Fizikal

    1. Cadangan Membina Rumah Pam di Persiaran Aman (Berhadapan Surau At-Taqwa) serta Kerja-Kerja Berkaitan Infrastruktur di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam

    Dalam Pelaksanaan

    95%

    2. Cadangan Membina Rumah Pam di Jalan Saksama 25/39 dan Jalan Khidmat 25/35 serta Kerja-Kerja Berkaitan Infrastruktur di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam

    Dalam Pelaksanaan

    80%

    3. Cadangan Kerja-Kerja menaiktaraf Longkang, Pembetung dan Parit Erong serta Kerja-Kerja Berkaitan di Jalan Gemilang 25/1, Jalan Abadi 25/58, Jalan Gagah 25/99, dan Jalan Hasrat 25/79, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam

    Dalam Pelaksanaan

    30%

    4. Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Parit Erong dan Penutup Longkang serta Kerja-Kerja Berkaitan di Sebahagian Jalan Sepadu 25/123, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam

    Dalam Pelaksanaan

    5%

  2. Berapakah kos pembinaan dan bilakah akan siap?

    Kos Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Taman Sri Muda, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan adalah sebanyak RM6,885,000.00. Tempoh pelaksanaan asal projek ini adalah selama 24 bulan bermula dari tahun 1 Julai 2021 hingga 1 Julai 2023. Walau bagaimanapun disebabkan beberapa isu dan kekangan di tapak, projek ini mendapat lanjutan masa sehingga 24 Januari 2024.

     

    Perincian kos projek dan jangkaan siap projek adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Tajuk Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    1. Cadangan Membina Rumah Pam di Persiaran Aman (Berhadapan Surau At-Taqwa) serta Kerja-Kerja Berkaitan Infrastruktur di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam 3,120,550.00 7.12.2022

    6.6.2023

     

    EOT: 30.12.2023

    2. Cadangan Membina Rumah Pam di Jalan Saksama 25/39 dan Jalan Khidmat 25/35 serta Kerja-Kerja Berkaitan Infrastruktur di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam 3,308,075.80 7.12.2022

    23.5.2023

     

    EOT: 30.11.2023

    3. Cadangan Kerja-Kerja menaiktaraf Longkang, Pembetung dan Parit Erong serta Kerja-Kerja Berkaitan di Jalan Gemilang 25/1, Jalan Abadi 25/58, Jalan Gagah 25/99, dan Jalan Hasrat 25/79, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam 1,786,450.00 9.5.2023

    25.9.2023

     

    EOT: 6.2.2024

    4. Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Parit Erong dan Penutup Longkang serta Kerja-Kerja Berkaitan di Sebahagian Jalan Sepadu 25/123, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam 555,448.60 17.10.2023

    27.11.2024

     

     

      Jumlah 8,770,524.40  
  3. Apakah sebabnya projek ini masih belum siap sehingga kini?

    Antara sebab projek ini diberikan lanjutan masa adalah disebabkan oleh arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kejadian banjir pada 18 Disember 2021 yang menyebabkan kerosakan tapak bina serta kelewatan kelulusan permohonan bekalan kuasa compact sub

    Kelewatan projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

    Bil. Tajuk Punca Kelewatan
    1. Cadangan Membina Rumah Pam di Persiaran Aman (Berhadapan Surau At-Taqwa) serta Kerja-Kerja Berkaitan Infrastruktur di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam Pengalihan utiliti dan permohonan bekalan baru Tenaga Nasional Berhad (TNB)
    2. Cadangan Membina Rumah Pam di Jalan Saksama 25/39 dan Jalan Khidmat 25/35 serta Kerja-Kerja Berkaitan Infrastruktur di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam Pengalihan utiliti dan permohonan bekalan baru Tenaga Nasional Berhad (TNB)
    3. Cadangan Kerja-Kerja menaiktaraf Longkang, Pembetung dan Parit Erong serta Kerja-Kerja Berkaitan di Jalan Gemilang 25/1, Jalan Abadi 25/58, Jalan Gagah 25/99, dan Jalan Hasrat 25/79, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam Keadaan cuaca dan pengalihan utiliti seperti Telekom, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor
    4. Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Parit Erong dan Penutup Longkang serta Kerja-Kerja Berkaitan di Sebahagian Jalan Sepadu 25/123, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam Lantikan projek baru bermula bulan Oktober 2023

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.