Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
93) PROJEK PEMBETUNGAN D44 DI BUNUS PADA HAKIKATNYA GAGAL DAN MESTI DITAMATKAN SEGERA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap Projek D44 yang rakyat anggap sebagai gagal?
Untuk makluman projek ini merupakan projek Kerajaan Persekutuan. Tidak ada sebarang kontrak di antara syarikat dengan Kerajaan Negeri Selangor. Penamatan kontrak hanya boleh dilaksanakan oleh kedua-dua pihak yang mempunyai kontrak berkaitan. Projek ini mengalami kelewatan kerja-kerja di tapak dan masih dalam perlaksanaan. Dijangkakan projek ini akan siap sepenuhnya pada akhir 2022.
-
Adakah Kerajaan Negeri tidak perakui rakyat derita kerana projek ini? Jika ya mengapa tidak ditamatkan?
Tidak berkaitan kerana projek ini adalah projek Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air.