Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
265) PROJEK PEMBESARAN SUNGAI RAJAH, RAWANG
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sebab projek ini dihentikan dan adakah projek ini akan diteruskan?
Projek pembesaran Sungai Rajah ini pada dasarnya merupakan sebahagian daripada kaedah penyelesaian mengurangkan masalah banjir di kawasan tersebut. Projek ini sebenarnya tidak diberhentikan tetapi ditamatkan perjanjian kontrak dengan pihak kontraktor kerana beberapa faktor. Faktor utama melibatkan penambahan kos pengalihan utiliti dan terdapat perubahan terhadap reka bentuk asal bagi mengikut spesifikasi di tapak. Adalah wajar projek ini diteruskan bagi mengatasi masalah banjir secara kolektif di samping memberi keselesaan kepada penduduk sekitar.
-
Siapakah kontraktor baru yang dilantik untuk meneruskan projek tersebut dan bilakah kerja pembesaran akan diteruskan?
Untuk meneruskan projek ini, kontraktor baru belum lagi dilantik memandangkan perjanjian kontrak ini tamat pada 30 Jun 2009. Proses pemilihan kontraktor baru akan dibuat sebaik sahaja prosedur penamatan perjanjian kontrak bersama kontraktor asal diselesaikan.
-
Berapakah jumlah kos yang diperuntukkan untuk projek ini secara keseluruhan dan tambahan kos untuk pelantikan kontraktor baru?
Pada asalnya kos projek ini berjumlah RM2,667,925.00 dan kos khidmat perundingnya pula berjumlah RM204,635.63. Manakala kos tambahan keseluruhan bagi meneruskan projek ini dianggarkan berjumlah RM6,651,510.00 yang terdiri daripada kos tambahan projek sebanyak RM 3,201,510.00 dan kos tambahan pengalihan utiliti sebanyak RM 3,450,000.00.