Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

84) PROJEK PEMBESARAN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah aliran trafik domestik dan antarabangsa di Northport dan Westport di bawah Lembaga Pelabuhan Klang bagi 3 tahun kebelakangan? Bilakah kerja-kerja pembesaran Westport akan berlangsung?

    Aliran trafik domestik dan antarabangsa (kendalian kontena import, eksport dan transshipment) di Northport dan Westports di bawah Pelabuhan Klang bagi tahun 3 tahun kebelakang adalah seperti berikut;-

    Merujuk kepada Perjanjian Tambahan Ketiga Penswastaan di antara Kerajaan Malaysia, Lembaga Pelabuhan Kelang dan Westports Malaysia Sdn. Bhd. (WMSB) yang telah ditandatangani pada 8 Disember 2023, pihak WMSB akan memulakan kerja-kerja pembesaran bagi pembangunan fasa 2 pada suku ke-3 2024. Ianya melibatkan pembinaan dermaga tambahan sepanjang 4.8km yang akan menyumbang kapasiti tambahan sebanyak 13 juta TEUs dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 15 tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.