Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
255) PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG MELAYU RASA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengkaji semula pembekuan pelupusan secara pemberimilikan tanah bagi Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa sejak 1 Januari 2010? Jika tidak, nyatakan sebabnya
Sebarang keputusan berhubung dengan kajian semula pembekuan pelupusan secara pemberimilikan tanah Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri.
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membantu pembeli lot Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa memandangkan mereka telah mempunyai geran tanah?
Kerajaan Negeri telah meminta PKNS untuk membuat kajian kemungkinan untuk mengambil alih projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa ini. Hasil kajian ini telah dibentangkan oleh PKNS dalam Mesyuarat MTES yang bersidang pada 19 Mac, 2015 dan keputusannya telah ditangguhkan untuk PKNS memberikan maklumat lanjut berhubung kos keseluruhan pembangunan projek.