Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
224) PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakan Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula dasar projek pembesaran kampung? Jika tidak, nyatakan sebabnya?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang meneliti dua (2) perkara untuk dikaji semula antaranya ialah dasar pembesaran kampung dan cadangan untuk mengiktiraf kampung tradisi yang tidak Kerajaan Negeri juga telah memohon maklum balas daripada Pejabat Daerah dan Tanah untuk menyenaraikan senarai kampung yang masih belum didaftarkan untuk mengiktiraf kewujudan kampung tersebut.
Walau bagaimanapun, projek pembesaran kampung dan penambahan kampung tradisi ini akan melibatkan implikasi kewangan yang besar terhadap Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, sebelum sebarang dasar dilaksanakan, satu kajian akan dijalankan terlebih dahulu untuk memastikan dasar yang dibuat memberi manfaat kepada rakyat dan kepada Kerajaan Negeri. Seterusnya dapatan kajian ini akan dibentangkan di dalam MMKN untuk diputuskan sama ada dasar tersebut dipersetujui untuk dilaksanakan atau tidak.
-
Status terkini permohonan rayuan untuk meneruskan semula projek pembesaran kampung bagi Kg Kalong Tengah/Hilir di Hulu Selangor
Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 34/2013 yang bersidang pada 6 November 2013 melalui Kertas MMK No. 4/32/2013 telah menolak permohonan rayuan pembesaran Kampung Kalong Tengah/Hilir. Cabutan keputusan MMKN ke 28/2014 yang bersidang pada 23 Julai 2014 telah bersetuju tanah seluas 16.68 ekar dibina dengan Rumah Mampu Milik dan diuruskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Semua keputusan telah dimaklumkan kepada pemohon melalui surat rasmi.