Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

29) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini rancangan projek tersebut?

    Sehingga 31 Jan 2011, kerja-kerja berikut telah disempurnakan :-

    1. Menggazet tanah sepanjang 50 meter di kedua-dua belah Sungai Klang di Selangor.

     

    1. Pihak PTD dan JPBD telah menyiapkan inventori kegunaan dan pemilikan tanah di atas sepanjang 50 meter di kedua-dua belah Sungai Klang di Kelang, Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling

     

    • Menyenarai pendek 3 syarikat yang telah menghantar kertas cadangan dari 31 syarikat yang membeli dokumen “Request for Proposal” di mana  13  syarikat telah menjawabnya. 3 syarikat tersebut adalah :-

     

    • TSS-MAKO Engineering Sdn.
    • Wessex Water Sdn Bhd / I Berhad
    • GJA Engineering & Construction Sdn.
  2. Sila nyatakan syarikat swasta manakah yang telah dipilih oleh Kerajaan Negeri untuk menjalankan projek tersebut?

    Menyenarai pendek 3 syarikat yang telah menghantar kertas cadangan dari 31 syarikat yang membeli dokumen “Request for Proposal” di mana 13 syarikat telah menjawabnya. 3 syarikat tersebut adalah :-

     

    • TSS-MAKO Engineering Sdn.
    • Wessex Water Sdn Bhd / I Berhad Consortium.
    • GJA Engineering & Construction Sdn. Bhd.

     

  3. Sila nyatakan berapakah anggaran tempoh masa untuk menjayakan Projek Pembersihan Sungai Klang dan apakah manfaat yang akan dinikmati oleh rakyat Negeri Selangor sekiranya projek tersebut berjaya dilaksanakan?

    Usaha Pemuliharaan Sungai Kelang dijangka akan berterusan dan dilaksanakan secara berfasa selama 15 tahun dengan anggaran awal sebanyak RM5 bilion diperlukan untuk keseluruhan 80 kilometer sungai di Negeri

     

    Projek ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri ini. Nilai harta tanah sepanjang sungai juga akan meningkat. malah Sungai Klang boleh dijadikan sumber pengangkutan dan sumber air untuk minuman kelak. Rakyat Negeri Selangor akan dapat menikmati hasil pembangunan ari segi peluang perniagaan, pekerjaan, pelancongan dan rekreasi.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.