Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
134) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan nama syarikat yang terlibat dalam Projek Pembersihan Sungai Klang dan berapa peratusan kerja telah disiapkan serta dijalankan di tapak tersebut?
- Sebanyak 3 syarikat telah di senarai pendek dari 31 syarikat yang membeli dokumen “Request for Proposal” di mana 13 syarikat telah menjawabnya. 3 syarikat tersebut adalah :-
- TSS-MAKO Engineering Sdn. Bhd
- Wessex Water Sdn. Bhd / I Berhad Consortium
- GJA Engineering & Construction Sdn. Bhd
-
Apakah jadual kerja Projek Pembersihan Sungai Klang dan bilakah projek ini dijangkakan akan disiapkan?
- Kerajaan Negeri sedang bekerjasama dengan Kerajaan Pusat melalui Projek River of Life yang sedang mereka usahakan dan buat masa ini mereka lebih menumpukan kepada komponen Pembersihan Sungai berbanding komponen- komponen lain seperti Pemuliharaan dan
Kerajaan Pusat masih dalam proses mengemukakan Tender bagi menyediakan Pelan Induk untuk ketiga-tiga komponen projek tersebut. Adalah penting untuk Selangor mendapat input dari Pelan Induk ini agar perancangan pembangunan yang lebih tersusun dapat dihasilkan.
-
Apakah mekanisme yang diwujudkan bagi memastikan Projek Pembersihan Sungai Klang dapat dilaksanakan secara telus serta bertanggungjawab kepada rakyat?
- Projek ini akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta melalui Public/Private Partnership atau Private Funding Iniatiative di mana pemaju yang dilantik akan membiayai kos Pembersihan dan Pemuliharaan Sungai Kelang dari hasil keuntungan yang mereka raih dari pembangunan yang mereka lakukan sepanjang sungai tersebut.