Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

152) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini projek ini?

    Projek Pemuliharaan dan Pembangunan merupakan satu projek awam yang akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta melalui Public/Private Partnership (PPP) atau Private Financing Initiative (PFI) di mana Syarikat-syarikat yang dilantik akan membiayai kos pemuliharaan dan pembersihan sungai dan sebagai balasan, mereka perlu mengemukakan cadangan pembangunan harta tanah untuk dimajukan bagi pertimbangan kerajaan Negeri

     

    Terdapat tiga (3) syarikat yang telah di senarai pendek kan bagi tujuan projek tersebut. Mereka adalah di antara daripada 31 syarikat yang telah membeli dokumen ‘Request for Proposal’. Tiga (3) syarikat tersebut adalah:

     

    • TSS-MAKO Engineering Sdn. ;

     

    • Wessex Water Sdn. Bhd. / I Berhad Consortium; dan

     

    • GJA Engineering & Construction Sdn.

     

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan telah merancangkan satu projek yang mempunyai fungsi yang sama iaitu pembersihan sungai klang iaitu projek ‘River of Life’. Projek ini merupakan salah satu agenda yang digariskan di bawah 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu ‘Greater Kuala Lumpur / Klang Valley (KL/KV)’.

     

    Di bawah pasukan petugas Pembersihan Sungai bagi Projek River of Life yang diketuai oleh JPS Malaysia, sebanyak RM2 juta telah dibelanjakan bagi pembinaan Sistem Rawatan Air di Salur Keluar Sistem Perparitan Utama ke Sungai Klang di Taman Melawati, Hulu Kelang, Daerah Gombak. Bagi mengawal pencemaran terus ke sungai, beberapa kawasan setinggan di Kampung Fajar

     

    serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di AU3 akan dipindahkan di mana kos bagi pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan penempatan semula IKS sebanyak RM30 juta akan disediakan oleh pihak PEMANDU. Manakala tanah yang bersesuaian untuk pemindahan tersebut akan disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.

     

    Kerajaan negeri juga mencadangkan Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan perbincangan dengan ketiga-tiga syarikat yang telah di senarai pendekkan seperti di atas bagi melihat teknologi yang dicadangkan. Selain daripada urusan pelaburan, dari sudut pihak agensi kerajaan negeri pula, Kajian Lapangan serta Inventori terperinci Guna tanah telah selesai dilakukan. Pelan Tindakan Bersepadu Pihak-pihak Berkepentingan, Penyelarasan Laporan Tanah Rizab Sungai Klang dan Isu-isu Tanah (Penguatkuasaan) serta penyelarasan Sistem Saliran/ Discharge yang mengalir ke Sungai Klang pula masih dalam proses penyediaan.

     

  2. Apakah tujuan kerajaan membekukan pembangunan di atas tanah-tanah terletak di tebing sepanjang Sungai Klang dan sekiranya projek ini masih belum apa-apa kepastian dalam setahun dua ini, adakah kerajaan akan menarik balik pembekuan ini?

    Selain kerja-kerja mengazet rizab sungai yang dilaksanakan oleh JBPD, terdapat unit baru iaitu Bahagian Task Force dan Penyelidikan telah ditubuhkan bulan September tahun 2012 di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) yang berperanan antara lain adalah seperti berikut:

     

    • Mengawal selia dan memantau aset Kerajaan Negeri (Tanah) daripada pencerobohan dan melaporkan kepada MTES pada setiap

     

    • Mengenal pasti potensi projek pembangunan di atas tanah kerajaan dari segi perancangan bandar, penilaian tanah dan pengurusan kos

     

    Unit ini akan membuat kajian ke atas potensi kemampuan tanah termasuk rizab sungai, iaitu menilai dari segi ‘Gross Development Value’ (GDV), ‘Gross Development Cost’ (GDC), ‘Return on Investment’ (ROI) dan ‘Net Profit’ (NP) sebelum membuat sebarang penawaran tender atau sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.