Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
205) PROJEK PEMBERSIHAN DAN PEMULIHAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan status Projek Pembersihan dan Pemulihan Sungai Klang
- Sehingga 31 Jan 2011, kerja-kerja berikut telah disempurnakan :-
- Menggazet tanah sepanjang 50 meter di kedua-dua belah Sungai Klang di
- Pihak PTD dan JPBD telah menyiapkan inventori kegunaan dan pemilikan tanah di atas sepanjang 50 meter di kedua-dua belah Sungai Klang di Kelang, Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling
- Menyenarai pendek 3 syarikat yang telah menghantar kertas cadangan dari 31 syarikat yang membeli dokumen “Request for Proposal” di mana 13 syarikat telah menjawabnya. 3 syarikat tersebut adalah :-
- TSS-MAKO Engineering Sdn.
- Wessex Water Sdn Bhd / I Berhad
- GJA Engineering & Construction Sdn.
- Sehingga 31 Jan 2011, kerja-kerja berikut telah disempurnakan :-
-
Berapakah kos yang sudah dibelanjakan untuk projek ini?
- Projek ini akan dibiayai sepenuhnya oelh pihak swasta melalui Public / Private Partnership atau Private Funding Initiative di mana pemaju yang dilantik akan membiayai kos Pembersihan dan Pemuliharaan Sungai Kelang dari hasil keuntungan yang mereka raih dari pembangunan yang mereka lakukan sepanjang sungai tersebut.
-
Nyatakan dari mana sumber kewangan digunakan untuk membiayai projek ini dan apakah komitmen kewangan di pihak Kerajaan Negeri
Sama seperti di SUB (a)