Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

55) PROJEK PEMBENTUNGAN LANGAT 2

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Projek Pembentungan Langat 2 merupakan projek yang terbesar di kawasan DUN Balakong. Projek ini ditangguhkan beberapa tahun dan hanya bergerak secara berlahan-lahan sekarang. Projek ini juga mengakibatkan kerosakan rumah dan infrastruktur mahupun kemalangan sering berlaku. Alasan yang diberi oleh kontraktor adalah tiada pembayaran daripada Kerajaan Pusat. Apakah Kerajaan Selangor boleh bantu untuk mempercepatkan kerja-kerja projek ini?

    Projek yang dimaksudkan di atas adalah Projek Pembetungan Langat dan ianya merupakan hasil kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Tokyo Metropolitan Government Jepun. Kos projek adalah sebanyak RM1.505 billion dan pelaksana projek adalah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP). Kerajaan Negeri tidak terlibat secara langsung dalam projek ini dan isu berhubung pembayaran adalah dibawah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Namun demikian, daripada maklumat yang diperolehi, isu berkenaan timbul kerana berlakunya penstrukturan semula serta pindahan fungsi Kementerian dari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) pada Mei 2018 hingga September 2018. Walaupun begitu, kontraktor didapati masih melaksanakan kerja-kerja di tapak sebagaimana kontrak bagi tempoh berkenaan dan pembayaran bagi amaun tertunggak sebanyak RM156 juta telah pun dilunaskan oleh Kerajaan Pusat kepada kontraktor mulai Oktober 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.