Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
20) PROJEK PEMBENTUNGAN LANGAT
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tujuan diadakan sebuah Projek Pembentungan Langat yang sedang giat dijalankan di sekitar kawasan Bandar Damai Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Daerah Hulu Langat (bawah PBT- Majlis Perbandaran Kajang), Selangor?
Projek Pembentungan Centralised Severage Treatment Plant (CSTP) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) di bawah KeTTHA di dalam kawasan MPKj adalah bagi menaiktaraf sistem pembentungan sedia ada kepada sistem pembentungan berpusat.
-
Sila nyatakan tarikh mula, tamat dan kawasan yang terlibat dalam projek tersebut dan kos projek.
Tarikh mula : 20 November 2016
Tarikh tamat : 19 Oktober 2020
Kos projek : RM1,595,845,900.00 (Termasuk 6% GST).
Kawasan yang terlibat : Sila rujuk kawasan tadahan yang terlibat.
(Lampiran G)
-
Apakah langkah-langkah penjagaan dan keselamatan yang telah diambil oleh PBT untuk mengawasi lokasi kerja memandangkan tapaknya melibatkan jalanjalan utama yang digunakan oleh ramai pemandu kenderaan dan orang awam?
Pihak kontraktor yang dilantik diminta mengadakan sessi pendengaran awam (public hearing) di kawasan-kawasan yang terlibat bagi mendapatkan maklum balas penduduk sebelum kerja-kerja dilaksanakan dan kerja-kerja tersebut di pantau di peringkat Majlis melalui Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Mesyuarat Tapak di peringkat Jabatan Perkhidmatan Pembentungan setelah mendapat kelulusan pihak MPKj.