Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

109) PROJEK PEMBENTUNGAN BUNUS KESELURUHAN DI HULU KELANG

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pakej dan zon bagi projek ini?

    Projek pembetungan Bunus keseluruhan di Hulu Kelang cuma mengandungi satu pakej iaitu Pakej D44 yang melibatkan 5 zon.

     

  2. Berapakah pakej yang lewat siap?

    Pakej projek ini lewat disiapkan disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor utama projek ini lewat disiapkan adalah kerana terdapat arahan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia supaya memberhentikan projek pembetungan di sekitar Lebuhraya DUKE3 dan MRR2 untuk sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan dan perlebaran lebuh raya tersebut seperti dalam Lampiran. Tiada kerja-kerja pembinaan lain dibenarkan di sekitar kedua-dua lebuhraya tersebut sehingga kerja-kerja pembinaan dan perlebaran lebuh raya tersebut disiapkan.

     

  3. Bilakah projek ini akan selesai?

    Pakej D44 ini telah mendapat kelulusan lanjutan masa sehingga 31 Disember 2020 dari Jabatan Perkhidmatan Pembetungan untuk keseluruhan projek disiapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.