Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
89) PROJEK PEMBANGUNAN TERJEJAS
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah statistik Òsupply and demandÓ bekalan air bersih di Selangor dan Wilayah Persekutuan Ð Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 2008 hingga 2012?
Berdasarkan kepada unjuran permintaan dan pembekalan air yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, permintaan air akan meningkat sehingga mencapai 4,169 JLH sedangkan pengeluaran kekal pada 4,326 JLH , ringkasan anggaran permintaan dan pengeluaran air dari tahun 2005 hingga 2019 boleh diterangkan dalam Jadual berikut:-
TAHU PENGGUN WATER WATER KAPASITI KAPASITI N AAN PRODUCTI PRODUCTION PURATA PENGELUARA SEBENAR ON (WITH (WITH 30% PENGELU N SEMASA (METER) 30% NRW NRW ARAN AND BROUGHT ACTUAL DOWN TO WATER 25% WITH CONSUMP ACTUAL TION) WATER CONSUMPTIO N) 2005 2,296 3,280 3,061 4,445 4,326 2006 2,392 3,417 3,189 4,445 4,326 2007 2,489 3,556 3,319 4,445 4,326 2008 2,568 3,669 3,424 4,445 4,326 TAHU PENGGUN WATER WATER KAPASITI KAPASITI N AAN PRODUCTI PRODUCTION PURATA PENGELUARA SEBENAR ON (WITH (WITH 30% PENGELU N SEMASA (METER) 30% NRW NRW ARAN AND BROUGHT ACTUAL DOWN TO WATER 25% WITH CONSUMP ACTUAL TION) WATER CONSUMPTIO N) 2009 2,650 3,786 3,533 4,445 4,326 2010 2,730 3,900 3,640 4,445 4,326 2011 2,811 4,015 3,748 4,445 4,326 2012 2,896 4,137 3,861 4,445 4,326 2013 2,983 4,261 3,977 4,445 4,326 2014 3,072 4,389 4,096 4,445 4,326 2015 3,164 4,520 4,219 4,445 4,326 2016 3,259 4,656 4,345 4,445 4,326 2017 3,357 4,796 4,476 4,445 4,326 2018 3,458 4,940 4,611 4,445 4,326 2019 3,561 5,087 4,748 4,445 4,326 -
Apakah langkah proaktif kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan di Selangor dan Wilayah Persekutuan tidak terbantut?
Pihak Kerajaan sentiasa mengambil langkah positif untuk memastikan masalah bekalan air tidak menjejaskan projek-projek pembangunan di Negeri Selangor. Justeru itu, beberapa projek sumber air tambahan telah pun dilaksanakan bagi memastikan sumber bekalan air adalah mencukupi seperti berikut:-
No Nama Projek Kapasiti Tambahan (mld) 2012 2013 2014 2015 Jumlah Nota 1. Projek Pembangunan
Loji Sg Labu
45 60 105 Loji baru 2. Projek. Peningkatan
Kapasiti SSP1
120 120 Meningkatkan keupayaan pengeluaran dari 760 JLH kpd
190JLH
3. BRH 25 25 Meningkatkan keupayaan pengeluaran dari 15.6 JLH kpd 40.6 4. Projek Pengagihan
Semula Kapasiti
SSP1
50 50 Bagi mengagihkan lebihan air di Loji
SSP 1 sebanyak 120 JLH kepada pengguna
5. Pro. Agihan SSP3 120 120 Bagi mengagihkan lebihan air di Loji SSP 3 sebanyak 120 JLH kepada pengguna
6. Pro. Agihan Loji Rasa 100 100 Bagi mengagihkan lebihan air di Loji
SSP 1 sebanyak 100 JLH kepada pengguna
7. Program NRW 49 52 101 Program menurunkan NRW Jumlah 45 254 52 270 621 Projek-projek mitigasi ini dijangka siap menjelang akhir 2014 dan dengan siapnya projek mitigasi ini, terdapat 621 JLH air terawat tambahan yang boleh diagihkan kepada pengguna.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dengan operator loji pembersihan air seperti SPLASH, ABASS dan Puncak Niaga serta agensi yang terlibat dan Suruhanjaya Air Negara (SPAN) langkah-langkah mitigasi telah dilakukan seperti berikut:
- Hanya melepaskan air dari empangan berdasarkan keperluan optimum loji sahaja.
- Menjalin persefahaman yang mantap bagi semua pihak berkepentingan dalam mengurus sumber air supaya bekalan air bersih tidak terganggu.
- Memantau paras air di muka sauk bagi memastikan kuantiti air yang dipam adalah mencukupi dan tidak memberi kesan ke atas operasi pam air mentah hingga mengakibatkan kegagalan.
- Sentiasa memantau dan bertindak sewajarnya sekiranya simpanan air mencapai tahap 50%.
- Masyarakat umumnya sentiasa diminta berjimat cermat terhadap penggunaan air sewaktu musim kemarau.
Selain itu, LUAS sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan air di Negeri Selangor turut mengambil kira beberapa langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku masalah air di Negeri Selangor. Salah satu penyelesaiannya adalah penggunaan sumber air alternatif iaitu menggunakan air permukaan seperti air tasik, lombong dan sebagainya untuk keperluan harian. Sumber air bumi juga merupakan penyelesaian terhadap kekurangan bekalan air di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, sumber air bumi masih belum meluas penggunaannya dan perlu dikomersialkan.
Pakar Air yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor juga akan membuat kajian bagi mengenal pasti Loji-loji rawatan air yang boleh dioptimumkan pengeluarannya di samping membuat kajian mengenai penggunaan teknologi baru di dalam mempertingkatkan pengeluaran air bersih dari Loji-loji sedia ada.