Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
325) PROJEK PEMBANGUNAN TAMAN AIR MANIS PERDANA OLEH PNSB
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini projek tersebut ?
Kerja-kerja ‘Soil Treatment’ dan Kerja Tanah sedang giat dijalankan dan status terkini kemajuan kerja di tapak adalah pada peringkat 70%. Kerja-kerja berkenaan telah dimulakan pada 23 November 2015 dan dijangka siap pada pada 6 Jun 2016.
-
Sila senaraikan secara terperinci jenis rumah dan kedai komersial yang akan dibina ?
Berikut adalah komponen terperinci cadangan pembangunan sebagaimana kelulusan Kebenaran Merancang oleh Majlis Daerah Sabak Bernam bertarikh 26 September 2014 ;
JENIS PEMBANGUNAN UNIT LUAS % (EKAR) Perumahan Rumah Teres Sederhana 2 Tingkat (20’x90’) 32 1.44 5.73 Rumah Bandar Kos Sederhana (22’x60’) 48 0.804 3.20 Rumah Bandar Kos Sederhana (22’x80’) 56 1.271 5.05 Pangsapuri Rumah Selangorku 5-13 Tingkat 260 3.71 14.77 Jenis B (828 kaki persegi) : 116 unit Jenis C (893 kaki persegi) : 104 unit Jenis D (986 kaki persegi) : 40 unit Jumlah Kecil 396 7.225 28.76 Perniagaan Stesen Minyak 1 1.00 3.98 Pusat Penjaja (R&R) – Serah kepada MDSB 1 1.73 6.88 Kedai Pejabat 3 Tingkat (22’x70’) 13 0.461 1.84 Kedai Pejabat 4 Tingkat (22’x70’) 7 0.407 3.45 Jumlah Kecil 22 3.598 14.31 Kemudahan Infrastruktur & Utiliti Pencawang Elektrik 2 0.208 0.83 Kolam Takungan Air – 1.250 4.74 Loji Rawatan Kumbahan – 0.617 2.60 Tangki Air – 0.247 0.98 Kawasan Lapang – 2.48 9.92 Simpanan Parit – 0.98 3.93 Rezab Jalan dan Lorong – 8.413 33.65 Jumlah Kecil 2 13.577 54.54 JUMLAH KESELURUHAN 25.00 100.00 -
Sila kemukakan jumlah anggaran kos pembinaan dan jumlah GDP projek tersebut ?
Gross Development Value (GDV) : RM 147,626,393.00
Gross Development Cost (GDC) : RM 123,353,000.00