Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
248) PROJEK PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status perancangan pembangunan Sungai Klang di sekitar kawasan bandar Klang?
Koridor pembangunan berpotensi untuk dibangunkan sedang dikenalpasti di sepanjang Sungai Klang. Kerja-kerja perancangan pembangunan di koridor Sungai Klang sedang dilaksanakan melalui penyediaan “master plan” bertujuan memperincikan jenis pembangunan yang bersesuaian dengan keadaan alam sekitar di samping menilai potensi pulangan dan kesan ekonomi daripada pembangunan yang akan dilaksanakan kelak.