Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
173) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila huraikan apakah perkembangan dan pencapaian terkini Rumah Selangorku?
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Ogos 2015, terdapat 10 projek yang melibatkan 10,163 unit Rumah Selangorku telah dibuat Majlis Pelancaran dan Pecah Tanah yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor. Daripada 10 projek tersebut, 3 projek telah memulakan kerja-kerja pembinaan dan selebihnya 7 projek lagi masih di dalam proses untuk mendapatkan kelulusan pelan-pelan pembangunan. Perincian projek adalah seperti di Jadual 1 di Lampiran
LAMPIRAN 1
Jadual 1 : Perincian Projek Rumah Selangorku
BIL PEMAJU PROJEK BIL. UNIT
STATUS PROJEK 1.
Sime Darby Property (Klang) Sdn.
Bhd.
Cadangan Pembangunan Rumah Selangorku Di Atas PT 69097 (HSD 138520), PT 72198 (HSD 15134),
Lot 45390 (Geran 154246),
dan Lot 46961 (Geran 164622), Mukim Kapar, Klang.
2,403
Jangka Mula – Disember 2015
Jangka Siap – Disember 2018
2.
Bandar Rimbayu Sdn.
Bhd.
Cadangan Pembangunan Rumah Selangorku Di Atas Lot PT 36346 HS(D) 33613, Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat.
2,330
Jangka Mula – Disember 2015 Jangka Siap – Disember 2018
3.
Gemilang Waras Sdn.
Bhd.
Cadangan Pembangunan Rumah Selangorku Di Atas Hakmilik Geran 15543 Lot 117120 Dan Geran 155544 Lot 17125, Mukim Klang, Klang. 695
Mula Kerja – Mei 2015 Jangka Siap – Mei 2018
4.
Gabungan Efektif Sdn.
Bhd.
Cadangan Pembangunan Rumah Selangorku Di Atas Hakmilik Geran 53052 Lot 67694, Mukim Klang, Klang. 1,041
5.
Sin Heap Lee Development Sdn. Bhd.
Cadangan Rumah Selangorku Di Taman Alam Budiman,Seksyen U10, Shah Alam, Petaling 536
Mula Kerja – Julai 2014 Jangka Siap – Dis 2015
-
Sila kemukakan butiran mengenai jumlah dan peratus senarai pemohon yang berjaya mendapat tawaran Rumah Selangorku?
Dasar Perumahan Mampu Milik (Rumah Selangorku) bermula pada 1 Januari 2014 dan dari tempoh berikut sehingga Jun 2015 sebanyak 5,669 orang pemohon telah berjaya ditawarkan Rumah
-
Sila nyatakan apakah bantuan dan langkah proaktif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memastikan pemohon mendapat pinjaman?
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi pemohon rumah kos rendah atau Rumah Selangorku Jenis A yang tidak layak memperolehi pinjaman daripada pihak bank, Kerajaan Negeri telah menyediakan pinjaman melalui Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) untuk membantu golongan ini memiliki rumah