Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
103) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah projek Rumah Selangorku yang sedang dibina dan dirancang pada tahun ini dan 3 tahun akan datang?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan sasaran sebanyak 30,000 unit Rumah Selangorku untuk dibina dalam tempoh masa 5 tahun (2019-2023). Bagi tempoh 3 tahun bermula tahun 2019 hingga tahun 2021 bilangan projek yang disasarkan dalam pembinaan dan perancangan adalah sebanyak 44 projek (15,895 unit).
-
Berapakah jumlah terkini projek Rumah Selangorku bagi kawasan Sungai Pelek dan dimanakah lokasinya?
Sehingga 15 Oktober 2019, terdapat satu (1) projek Rumah Selangorku dengan bilangan sebanyak 15 unit telah siap dibina.
No Lokasi Status Unit 1 Pekan Sungai Pelek, Daerah Sepang. Siap Bina Jenis C : 7 Jenis D : 8
Jumlah :15
JUMLAH 15