Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
46) PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN PANGSAPURI ÒSEKINCHAN PERDANAÓ OLEH PKNS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilakah projek pembangunan perumahan tersebut dapat dimulakan?
Projek dijangka akan dimulakan pada akhir bulan Mac 2011.
-
Sila nyatakan dengan detail apakah punca utama dan masalah birokrasi yang menyebabkan perancangan projek tersebut masih terbantut sehingga kini?
- Punca utama yang menyebabkan kelewatan projek adalah disebabkan :-
- Kelulusan Tanah (Borang 5A) telah tertangguh kerana permohonan semula untuk pembangunan bercampur dari yang diluluskan untuk komersial sahaja. Isu mengenai pertukaran syarat guna tanah yang diluluskan daripada komersial kepada yang
- Isu pertindihan pemilikan tanah Jabatan Vaterinar Negeri Selangor (JVNS). Tanpa disedari, terdapat sebahagian tanah seluas 0.5 ekar yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri kepada JVNS pada 25 Januari 2000 di tapak cadangan pembangunan. Melalui rundingan, pihak JVNS telah bersetuju menerima tawaran PKNS untuk berpindah ke lokasi lain di sekitar Sekinchan dengan kos ditanggung oleh pihak PKNS dan telah dipersetujui di dalam mesyuarat bersama Unit Perancang Ekonomi (UPEN) pada 19 Januari 2011.
- Pelan tataatur perlu dipinda mengambil kira teguran dari salah seorang ahli EXCO Kerajaan Negeri, untuk itu PKNS telah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pihak JPBD dan telah mengemukakan kembali pelan pindaan untuk kelulusan pada 16 Februari 2011. Oleh kerana pindaan ini, pelan bangunan yang telah diluluskan oleh OSC pada 5 Januari 2011 telah ditangguhkan pengesahannya oleh Majlis Daerah Sabak
Masalah keluarga setinggan yang lebih 30 tahun mendiami tapak tersebut yang menghalang PKNS untuk memulakan kerja-kerja awalan penyediaan tapak. Walau bagaimanapun, PKNS dengan kerjasama PTD Sabak Bernam telah menyelesaikan isu setinggan dengan memindahkan setinggan- setinggan berkenaan ke lokasi lain. Pihak PKNS telah bersetuju untuk menanggung kos pemindahan, kos sewa rumah sementara dan juga membina 3 buah rumah untuk didiami oleh keluarga-keluarga tersebut sebagai pampasan. Keluarga-keluarga setinggan telah mengosongkan rumah selepas 26 September
-
Apakah wujud elemen-elemen sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan projek pembangunan perumahan ini gagal supaya imej Kerajaan Negeri tercalar?
Tiada.