Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
94) PROJEK PEMBANGUNAN MPAJ -TAN &TAN DI BUKIT BARUJALAN JELATIK
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan, fungsi dan input MPAJ sebagai pihak JV dalam Perjanjian Usaha sama tersebut?
Berdasarkan perjanjian usaha sama MPAJ dan Bintang Buana Sdn Bhd
bertarikh 11 April 2000, peranan, fungsi dan input MPAJ ialah :-
- Memberi kebenaran kepada syarikat menjalankan cadangan pembangunan
- Membantu menempatkan semula 232 setinggan “in-situ”
- Memberi kelulusan kebenaran merancang lain-lain kelulusan berdasarkan keperluan perundangan serta kelulusan dari agensiagensi kerajaan yang berkaitan
- Membenarkan pemaju keluar masuk ke atas tanah bagi tujuan pembangunan
- Memastikan pemaju membina 600 unit rumah kos rendah untuk penempatan semula setinggan Kg Bukit Baru serta setinggansetinggan sekitarnya
-
Apakah perolehan Óin-kindÓ bagi MPAJ bernilai RM1,806,000.00 merupakan 10% dari anggaran pulangan kasar RM18,000,000 dan kenapa tidak berdasarkan kepada keuntungan sebenar sebanyak RM43,133,000.00?
Tapak pembangunan ini adalah seluas 15.93 ekar yang terdiri daripada 13 ekar tanah kerajaan dan 2.93 ekar tanah persendirian. Tanah persendirian tersebut telah dibeli oleh syarikat dengan harga RM3, 823,280. Pampasan yang telah dibayar oleh pemaju kepada setinggan ‘in-situ” ialah sebanyak RM 2, 852,600. Manakala jualan rumah kos rendah kepada setinggan “insitu” asal adalah RM 25,000 seunit, setinggan “insitu” tambahan adalah RM 35,000 seunit, setinggan lama RM 35,000 seunit dan lain-lain setinggan RM 42,000. Selain daripada itu saiz atau keluasan rumah kos rendah terbabit adalah lebih besar iaitu 750 kaki persegi berbanding rumah kos rendah biasa 650 kaki persegi tetapi dijual pada harga kos rendah. Pulangan yang sepatutnya diterima MPAJ sebahagiannya telah dinikmati oleh setinggan yang terlibat
-
Apakah yang telah dilakukan oleh MPAJ terhadap perolehan Óin-kindÓ berupa 43 unit rumah kos rendah tersebut?
Kesemua 43 unit rumah pangsa kos rendah telah dijual kepada kakitangan MPAJ dengan harga RM 42,000.