Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
193) PROJEK PEMBANGUNAN MITS KUALA LANGAT
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek pembangunan MITS Kuala Langat?
Status kemajuan fizikal sehingga 30 September 2023 adalah sebanyak 17.99% (Lewat 138 hari). Kelewatan ini adalah disebabkan permohonan kelulusan IWK bagi memulakan kerja-kerja sistem saliran pembentungan dan sistem rawatan kumbahan. Oleh itu, atas sebab ini pihak kontraktor telah mengemukakan permohonan lanjutan masa sebanyak 270 hari dan permohonan lanjutan masa tersebut sedang dalam penilaian JKR Selangor untuk tujuan kelulusan.
-
Adakah benar pihak Kerajaan Negeri menghadapi kesukaran untuk mencari tenaga pengajar di semua MITS sedia ada?
Tidak benar. Kerajaan Negeri bersedia melantik calon guru yang mematuhi syarat-syarat kelayakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan KPM. Kekangan berlaku disebabkan calon tidak mematuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Kekangan ini juga berlaku di sebahagian agensi termasuk agensi di negeri-negeri lain.