Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
196) PROJEK PEMBANGUNAN EKONOMI DESA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri terus melaksanakan projek pembangunan ekonomi desa?
Kerajaan Negeri sangat komited untuk meningkatkan ekonomi penduduk kampung di Negeri Selangor. Bermula tahun 2008, pelbagai program dijalankan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di bandar dan di desa khususnya. Bagi meningkatkan sosioekonomi warga kampung, pelbagai aktiviti telah dirancang dan telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi iaitu melalui program “1 Daerah 1 Inkubator” dan “Program Pembangunan Usahawan Desa : Industri Komuniti Kampung”. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan pembinaan Dataran Niaga untuk dijadikan medan bagi memasarkan produk-produk kampung dan sebagai tempat untuk penduduk kampung berkongsi idea dan maklumat tentang perniagaan. Program-program ini akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2016 berdasarkan maklumbalas yang menggalakkan daripada
-
Nyatakan secara terperinci projek-projek yang telah dilaksanakan pada tahun 2015?
Projek-projek yang telah dilaksanakan pada tahun 2015 iaitu Program Pembangunan Usahawan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor: Kursus Kemahiran Jangka Pendek, penglibatan daripada peserta adalah seramai 215 orang. Program ini yang bertujuan memberi pengetahuan dan tambah nilai dari segi kemahiran kepada belia atau masyarakat di desa yang tidak berpeluang untuk meneruskan pengajian secara formal serta memberi peluang kepada masyarakat di desa yang berminat untuk menceburkan diri di dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Program ini telah dilaksanakan secara berasingan di INPENS International College dan Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) pada bulan Ogos dan September tahun 2015. Jumlah peruntukan adalah sebanyak RM210,124.00.
Manakala bagi Program Pembangunan Usahawan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor: Industri Komuniti Kampung telah dilaksanakan pada bulan November tahun 2015. Program ini merupakan lanjutan Kursus Kemahiran Jangka Pendek yang bertujuan memberi pengetahuan dan tambah nilai dari segi kemahiran kepada belia atau masyarakat di desa yang tidak berpeluang untuk meneruskan pengajian secara formal serta memberi peluang kepada masyarakat di desa yang berminat untuk menceburkan diri di dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Jumlah peruntukan adalah sebanyak RM793,300.00.
Pada tahun 2015 juga, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program 1 Daerah 1 Inkubator yang telah melibatkan sebanyak 4 buah inkubator di 4 daerah yang berasingan. Program ini dicadangkan untuk memberdayakan ekonomi warga desa dan kampung tradisi. Program ini juga akan meningkatkan taraf sosial rakyat Negeri Selangor ke arah kesejahteraan negeri. Program ini telah mula dilaksanakan pada bulan November tahun 2015 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM600,000.00.