Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
85) PROJEK PEMBANGUNAN DI KAWASAN SENSITIF ALAM
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Di manakah lokasi yang telah dikenal pasti sebagai kawasan sensitif alam sekitar di negeri Selangor?
Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) mengikut definisi yang terdapat di dalam
Garis panduan PembangunanTanah Tinggi yang dikeluarkan oleh Kementerian
SumberAsli DanAlam Sekitar adalah seperti berikut :-
i) KSAS adalah suatu kawasan khas yang sangat sensitif keDada
Dembanaunan atau aktiviti dan perlu dipulihara untuk nilai warisannva,
memelihara nilai sokonaan hiduDnva dan meminimumkan risiko
bencana akibat penukaranguna tanah.
ii) Kawasan khas adalah suatu kawasan fizikal yang boleh dikenal pasti di
atas peta dan mempunyai ciri-ciri alam sekitar yang penting, signifikan
atau unik.
Kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan Sensitif Alam Sekitar ialah:-
1. Kawasan tanah tinggi yang berkecerunan26-35 darjah (kelas III dalam Garis
panduan PembangunanTanah Tinggi).
2. Kawasan tanah tinggi yang berkecerunan 35 darjah dan ke atas (kelas IV
dalam Garis panduanPembangunanTanah Tinggi).
3. Kawasan Tanah Tinggi yang mempunyai kelas bercampur (kelas III & IV
dalam Garis panduanPembangunanTanah Tinggi)
4. Tanah Bekas Lombong
5. KawasanTadahanAir
6. Kawasan Hutan Simpan7. Kawasan Hutan Paya Bakau
8. Kawasan Hutan Paya Gambut
9. PersisiranPantai
10. PersisiranPantaiMana-mana kawasan di Negeri Selangor yang jatuh definisi tersebut adalah
dikenal pasti sebagai lokasi kawasan sensitif alam sekitar di Negeri Selangor. -
Sila senaraikan butir-butir mengenai pemaju-pemaju yang telah diluluskan untuk membangun di kawasan sensitif alam sekitar dalam tempoh empat tahun yang lepas dan apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap pemaju yang telah membangun di kawasan tersebut?
Senarai butir-butir mengenai pemaju-pemaju yang telah diluluskan untuk
membangun di kawasan sensitif alam sekitar (kawasan tanah tinggi sahaja)
seperti di Lampiran. -
Apakah dasar pihak kerajaan bagi memelihara dan memulihara kawasan sensitif alam sekitar dalam negeri Selangor?
Bagi memelihara dan memulihara kawasan sensitif alam sekitar dalam Negeri
Selangor, Kerajaan Negeri telah menetapkan bagi pembangunan baru kawasan
tanah tinggi yang berkecerunankelas III & IV adalah tidak dibenarkan.
Bagi pembangunan yang telah diluluskan dan sedang dibangunkan, Kerajaan
Negeri akan memantau dengan lebih rapi oleh Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd. dan
jabatan-jabatan teknikal seperti Jabatan Ke~a Raya (JKR). JabatanAlam Sekitar
(JAS), Jabatan Perancang Bandar Dan Desa (JPBD), Jabatan Mineral Dan
Geosains (JMG), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) serta jabatan-jabatan
yang berkaitan.
Keputusan MMKN Ke 13/2006 bertarikh 7 Jun 2006 dan disahkan pada
MMKN 14/2006 bertarikh 21 Jun 2006 bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju
melantik Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd. sebagai:-
i) pasukan pemantauprojek pembangunankawasantanah
tinggi.
ii) sebagaijuru runding geoteknikal kepada PBT.
iii) Menjalankankerja-kerjaaudit laporan-Iaporangeoteknikal.
iv) Menjalankanauditing kerja-kerjatanah.
v) Menjalankanpenilaian kesesuaianterhadap cadangan pembangunan.
vi) Menjalankanpemantauansecarajadual berkala bersama LPHS.