Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
171) PROJEK PEMBANGUNAN DI KAWASAN DUN SUNGAI BURONG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan yang sedang dilaksanakan di kawasan DUN Sungai Burong dan jumlah peruntukannya.
Tiada projek yang dilaksanakan di DUN Sg Burong pada ketika ini.
-
Sila nyatakan projek-projek pembangunan Kerajaan Negeri Selangor yang sedang dilaksanakan dalam kawasan DUN Sg Burong dan jumlah peruntukannya.
Kerajaan Negeri sentiasa peka dan prihatin dengan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar. Oleh yang demikian, sepanjang tahun 2019 sebanyak dua (2) projek kecil luar bandar yang dilaksanakan di dalam kawasan DUN Sg Burong. Projek yang terlibat ialah:
(i) Kerja-Kerja Membaikpulih Lorong CID Hamid, Kg. Sungai Kajang, Tanjung Karang yang berada di dalam jajahan DUN dan Mukim Sungai Burong dengan peruntukan projek sebanyak RM84,376.20; dan
(ii) Projek Menaiktaraf Kerja-Kerja Balairaya Kampung Sungai Sireh yang berada di bawah jajahan DUN Sungai Burong dengan peruntukan projek sebanyak RM58,265.00.
Kedua-dua projek tersebut telah siap dilaksanakan seratus peratus pada 6 Mei 2019 dan 15 Mei 2019.