Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
238) PROJEK PEMBANGUNAN BERCAMPUR AIR MANIS OLEH PNSB
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilakah kerja-kerja pembinaan projek tersebut dapat dilaksanakan ?
Projek ini telah pun mendapat kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (KM) daripada Majlis Daerah Sabak Bernam pada 24 Februari 2013 dan kini PNSB sedang di dalam tindakan membuat pindaan terhadap pelan kelulusan ini dan kerja-kerja pembinaan akan dijalankan setelah semua pelan pindaan mendapat kelulusan.
-
Sila senaraikan secara detail berapakah unit rumah kos rendah (mampu milik) yang akan dibina dalam cadangan projek tersebut ?
Sebanyak 480 unit rumah mampu milik telah dicadangkan (belum dimuktamadkan).
-
Sila huraikan berapakah jumlah kos projek pembangunan tersebut termasuk kos pembinaan R&R (Rehat Dan Rawat )?
Anggaran kos projek pembangunan termasuk kos pembinaan R&R (Rehat dan Rawat) ini secara keseluruhannya adalah RM 90 juta