Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
268) PROJEK PEMBANGUNAN BELUM MENDAPAT KELULUSAN MERANCANG (KM)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Masalah pembangunan tanpa izin kerap berlaku. Terbaru, sebuah syarikat telah menjalankan kerja tanah di Jalan Sunway Semenyih/Taman Desa Mewah. Ingin tahu tindakan MPKj terhadap pemaju-pemaju berkenaan.
Pihak MPKj telah mengeluarkan Notis Kompaun dan Notis Berhenti Kerja pada 16hb. Disember 2016 dan Notis Arahan Pembaikan Kedua pada Mac 2017.
-
Apakah langkah yang patut diambil agar masalah ini tidak berulang pada masa hadapan?
Pihak MPKj akan mengambil tindakan dibawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).