Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

189) PROJEK PEMBANGUNAN BANGUNAN PENTADBIRAN MPKL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek pembangunan Bangunan Pentadbiran MPKL di kawasan pentadbiran Daerah Kuala Langat di Sg Sedu?

    Untuk makluman, MPKL bercadang untuk mendirikan bangunan baharu MPKL di Kota Seri Langat. Pihak pemaju Serimas Sdn. Bhd. juga telah menyatakan bahawa terdapat satu tapak cadangan bangunan baharu MPKL yang berkeluasan 10 ekar dalam pelan  Kebenaran Merancang bagi pembangunan di Kota Seri Langat. Tapak cadangan tersebut bersebelahan dengan tapak masjid dan tapak terminal pengangkutan awam.

     

    Buat masa ini, Pihak MPKL sedang menunggu pihak pemaju membuat serahan tanah  di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat dan seterusnya pihak MPKL akan memohon pewartaan tanah tersebut untuk kegunaan bangunan MPKL.

    Sehingga kini, MPKL telah menyiapkan reka bentuk konsep bangunan pentadbiran MPKL di Kota Seri Langat yang mampu menampung semua penempatan jabatan dan unit dalaman MPKL untuk jangkamasa 30 tahun. Konsep reka bentuk ini telah  dipersetujui dalam Mesyuarat MPKL Bilangan 5 Tahun 2023 dan akan dibuat secara terperinci setelah lantikan kontraktor dan perunding dilaksanakan. MPKL juga dalam proses mendapatkan ulasan dari PWN dan UPEN sebelum permohonan kelulusan pembinaan bangunan baharu MPKL ini dibentang di dalam Mesyuarat MTES.

Lampiran

Tiada Lampiran.