Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

11) PROJEK PEMBANGUNAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengenai kelulusan pembangunan Exco MTES Bil. 3/2000 bertarikh 26 Januari 2000 secara usaha sama antara MPAJ dengan Tan & Tan Development Berhad dirujuk: Adakah terma-terma dalam Joint Venture Agreement dipatuhi sepenuhnya dan dilaksanakan seperti mana dalam perjanjian?

    Terma-terma dalam Joint Venture Agreement telah dipatuhi sepenuhnya oleh
    pihak pemaju.

  2. Berapakah kos dan keuntungan sebenar projek berbanding dengan kos dan keuntungan seperti yang terkandung dalam perjanjian awal?

    Berdasarkan Perjanjian Usaha sama yang telah ditandatangani di antara MPAJ
    dengan Tetuan Tan & Tan Development Berhad pada 11 April 2000, Appendix
    3 “feasibility study” telah menunjukkan jumlah anggaran kos pembinaan dan
    pembangunan yang ditanggung oleh pemaju adalah RM175,300,000.00.
    Anggaran Pulangan Kasar yang diperoleh adalah RM18,000,000.00.
    Pihak pemaju memaklumkan bahawa kos pembinaan dan pembangunan
    sebenar yang ditanggung oleh pemaju sehingga 31.12.07 ialah sebanyak
    RM415,878,000.00 dan Jumlah Keuntungan Sebenar yang diperoleh adalah
    sebanyak RM39,374,000.00.
    Walau bagaimanapun pihak pemaju menganggarkan kos pembangunan
    tersebut akan meningkat kepada RM464,466,000.00 dan anggaran
    keuntungan pemaju sebanyak RM43,133,000.00 kerana terdapat 1 blok
    pangsapuri yang masih belum siap dibangunkan ditapak.

  3. Berapakah keuntungan yang telah diserahkan kepada MPAJ berdasarkan kepada keuntungan sebenar berbanding dengan keuntungan yang diunjurkan dalam perjanjian?

    Berdasarkan perjanjian usaha sama yang telah ditandatangani keuntungan
    yang diperoleh oleh MPAJ adalah secara “in-kind” iaitu 43 unit Rumah Kos
    Rendah.
    Faedah lain seperti bayaran diskaun sebanyak RM7,OOO.OOseunit, bayaran
    kos pindah dan bayaran sewaan bulan bagi tempoh pembangunan projek telah
    diterima oleh pihak setinggan.

Lampiran

Tiada Lampiran.