Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

303) PROJEK PELUASAN CULVERT-CULVERT DI LORONG CHINNIAH DAN JALAN RAJA LUMU DI PERSIMPANGAN LEBUH PENDAMAR OLEH MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sama ada UPEN telah memberi kelulusan kepada perbelanjaan 2 projek tersebut?

    Pihak UPEN telah memberi kelulusan untuk satu projek iaitu kerja-kerja menaik taraf pembentung ke kotak di Jalan Raja Lumu Pandamaran, Klang Selatan.

  2. Sila memberi butir-butir dan anggaran kos terkini bagi 2 projek tersebut

    Anggaran kos projek di Jalan Raja Lumu adalah RM219,100.00. Kerja-kerja melibatkan pelebaran pembentung ke kotak di Jalan Raja Lumu.
  3. Bila kerja akan dapat dimulakan di tapak?

    Tarikh mula kerja adalah pada 9 Oktober 2017 dan tarikh tamat kerja adalah pada 22 April 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.