Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
57) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN SUNGAI BATANG KALI FT001/438/10
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai Projek Pelebaran Jambatan Sungai Batang Kali FT001/438/10? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Berikut adalah butiran dan status terkini Projek Pelebaran Jambatan Sungai Batang Kali FT001/438/10, Daerah Hulu Selangor:
Butiran Projek Tarikh Milik Tapak : 30 April 2018 Tarikh Siap Asal : 29 April 2020 Harga Kontrak Semasa : RM 21,556,299.04 Skop Kontrak : – Membina jambatan baru dua (2) lorong dan merobohkan jambatan sedia ada. : – Menaiktaraf persimpangan
: – Menaiktaraf lampu isyarat dan lampu jalan
Status Kemajuan Kerja : Jadual = 55% / Sebenar = 32% Kemajuan Terkini : – Kerja-kerja tanah – Kerja-kerja cerucuk
– Perobohan struktur perhentian bas
-
Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oeh JKR Hulu Selangor di lokasi tapak kerja-kerja pelebaran jambatan tersebut dilaksanakan.
Masalah-masalah yang dihadapi di tapak adalah seperti berikut:
- Isu pengalihan kerja-kerja utiliti daripada pihak Telekom dan TNB yang melewatkan pelaksanaan
- Pada peringkat awal, masalah pengambilan tanah bagi tujuan pelebaran jambatan dan telah pun