Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

182) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN BATANG KALI

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai projek menggantikan dan melebarkan jambatan di atas Sungai Batang Kali FT001/438/10? Jika ya, nyatakan butir-butir seperti tarikh siap, kos keseluruhan dan sebab kelewatan siap projek setelah beberapa kali EOT.

    Berikut adalah maklumat terkini Projek Menggantikan Dan Melebarkan Jambatan Di Atas Sungai Batang Kali Ft001/438/10, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

     

    Kos Semasa Projek             : RM 32,165,537.77

    % Jadual Kerja Fizikal         : 81%

    % Kemajuan Kerja Fizikal    : 78%

    Tarikh milik tapak                 : 30 April 2018

    Tarikh siap asal                    : 29 April 2020

    Tarikh siap semasa              : 6 September 2023

Lampiran

Tiada Lampiran.