Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
78) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN BATANG KALI
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini projeck Mengganti Dan Melebarkan Jambatan Di Atas Sungai Batang Kali FT001/438/10 iaitu simpang ke Genting Highland? Jika ya, nyatakan kos projek, kos agihan utiliti, tarikh siap, masalah yang dihadapi dan sebagainya memandangkan kerja-kerja di tapak agak perlahan.
Berikut adalah butiran terkini bagi Projek Menggantikan Dan Melebarkan Jambatan Di Atas Sungai Batang Kali Ft001/438/10, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan ;
Projek : Projek Menggantikan Dan Melebarkan Jambatan Di Atas Sungai Batang Kali FT001/438/10, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan Kos Pengalihan Utiliti : RM13,687,940 Tarikh Milik Tapak : 30 / 4 / 2018 Tarikh Siap Semasa : 4 / 3 / 2022 Antara masalah yang dihadapi di tapak adalah isu pengalihan utiliti yang melibatkan pengalihan paip Air Selangor dan kabel TM.
Bagi isu paip air, kerja-kerja menanam paip air telah pun siap dan hanya berbaki kerja-kerja penyambungan. Namun begitu, kerja penyambungan paip tergendala disebabkan titik penyambungan punca air yang telah dirancang tidak dapat dijumpai. Pihak Air Selangor dan kontraktor telah mengadakan perbincangan pada 17 November 2021 untuk menyelesaikan isu berkenaan dan dalam proses kelulusan Ibu Pejabat Air Selangor.
Manakala isu kabel TM terdapat masalah pada pembekal kabel berhubung status pendaftaran pembekal tersebut dengan pihak TM. Pihak TM memaklumkan akan menyelesaikannya dalam tempoh 2 minggu sehingga akhir November 2021.