Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
58) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN BATANG KALI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai projek naik taraf dan pelebaran jambatan Batang Kali yang berada di FT001 simpang ke Genting Highland? Jika ya, terangkan butir-butirnya.
Kemajuan terkini projek Mengganti Dan Melebarkan Jambatan Di Atas Sungai Batang Kali FT001/438/10 Daerah Hulu Selangor adalah seperti berikut:
Jadual (%) 71% Sebenar (%) 66% Punca kelewatan disebabkan oleh kerja-kerja terhenti akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang bermula daripada 1 Jun 2021 hingga 16 Julai 2021.