Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
111) PROJEK PELEBARAN JALAN SULTAN ABDUK SAMAD Ð KELANANG
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status Projek pelebaran Jalan Sultan Abdul Samad Ð Kelanang? Siapakah Agensi Kerajaan yang terlibat dalam projek ini?
Agensi kerajaan yang terlibat dalam projek ini adalah JKR Selangor dan JKR Kuala Langat.
-
Sila menyatakan jumlah kos yang dibelanjakan untuk kerja-kerja pelebaran jalan, pemindahan paip-paip utiliti, pembinaan sistem parit tepi jalan dan sebagainya
Jumlah kos projek pelebaran jalan ini adalah sebanyak 303 Juta termasuk kos pemindahan utiliti sebanyak RM 13.66 Juta , kos pembinaan perparitan sebanyak RM 15 Juta , dan sebagainya sebanyak RM 3.64 Juta.
-
Mengapa mengambil masa begitu lama untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan.
Untuk makluman, tarikh mula pada 25.9.2012 dan tarikh siap asal pada
29.7.2014. Lanjutan masa diberikan sehingga 15.2.2015 (7bulan).
Di antara faktor-faktor utama yang menyebabkan projek ini memerlukan tambahan masa 7 bulan adalah disebabkan oleh:
- Halangan-halangan bangunan dan binaan yang berada didalam rezab jalan yang terpaksa dirobohkan dahulu melibatkan hakmilik persendirian seperti bengkel kereta, gerai-gerai makan dan bangunan kedai persendirian termasuk sebuah kuil.
- Kerja-kerja pengalihan kemudahan awam TNB dan SYABAS.