Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
227) PROJEK PELEBARAN JALAN MASUK KAMPUNG TELOK GONG, PELABUHAN KLANG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek pelebaran jalan masuk Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang?
Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT 181. Jajaran ini terlibat dalam Projek Menaiktaraf Lebuhraya Pulau Indah (Fasa II), Daerah Klang yang masih dalam pembinaan.
Berikut adalah status kerja di tapak:
Tarikh Milik Tapak : 13.4.2018
Tarikh Siap : 12.4.2021
Kemajuan Fizikal : 32.0% (Sebenar) / 38.0% (Jadual)
-
Bilakah jangkaan tarikh projek tersebut dapat disiapkan?
Tarikh siap semasa bagi projek ini adalah pada 12 April 2021.