Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

32) PROJEK PELEBARAN JALAN FT54, SUNGAI BULOH

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rumah penduduk di sepanjang jalan yang terlibat dalam projek pelebaran jalan ini?

    Sebanyak 91 Lot yang terlibat di sepanjang jalan bagi projek pelebaran Jalan FT54.

  2. Adakah penduduk tersebut menerima pampasan atau ganti rugi?

    Penduduk yang terlibat telah menerima pampasan daripada pihak Kerajaan Persekutuan dan keseluruhan pampasan berjumlah RM 25,598,427.99.

Lampiran

Tiada Lampiran.