Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
74) PROJEK NURSERI PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Suatu perjanjian usaha sama Projek Nurseri dan Perlanskapan (Projek 2006) telah ditandatangani antara PKPS dan peniaga nurseri di sepanjang jalan Subang ke Sg. Buloh tanah simpanan Jabatan Bekalan Air Selangor telah memperoleh Lesen Menduduki Sementara ke atas tanah tersebut dari Ogos 2005 hingga Julai 2008.Wang sewaan sebanyak RM800 dikenakan oleh PKPS daripada Pengusaha lot Nurseri. Pada bulan November 2008 pihak pengusaha telah menerima surat daripada PKPS bahawa mulai Januari 2009 pengurusan 'Selangor Greenland' akan diambil alih oleh PKPS Landscaping Services Sdn Bhd. Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri terhadap para pengusaha Nurseri di kawasan ini ?
Pada masa ini PKPS tiada sebarang perancangan jangka panjang terhadap para pengusaha Nurseri di kawasan “Selangor Greenlane”.
Mulai Disember 2008, tanah tapak Projek Nurseri dan Perlanskapan tersebut telah tamat Lesen Tumpangan Sementaranya (T.O.L). Permohonan pembaharuan T.O.L kepada Pejabat Tanah Petaling telah diuruskan oleh anak syarikat PKPS iaitu PKPS Landscaping Services Sdn. Bhd.(PLSSB), tetapi belum ada sebarang jawapan. (Sila rujuk lampiran bagi maklumat tambahan)
-
Sejak projek pelebaran jalan Shah Alam ke Sg. Buloh oleh JKR, para pengusaha menghadapi pelbagai masalah dan perniagaan mereka juga terjejas. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menempatkan para pengusaha Nurseri ini di suatu tempat yang kekal agar perniagaan mereka dapat berkembang
pengusaha Nurseri di suatu tempat yang kekal.
LAMPIRAN
TAJUK : PROJEK NURSERI PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN
SELANGOR
MAKLUMAT TAMBAHAN
Soalan A
Projek Nurseri dan Perlanskapan di ‘Selangor Greenlane’ pada asalnya adalah projek penempatan semula sebahagian pengusaha di kawasan hospital kusta (Sg. Buloh) yang telah diambil balik oleh Kerajaan bagi pembangunan. Kerajaan Negeri telah melantik PKPS untuk menguruskannya. Kawasan rezab jalan dan laluan paip JBA (Syabas) di sepanjang jalan Subang ke Sg. Buloh telah dipilih dan diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri secara T.O.L yang diperbaharui setiap 3 tahun.
Semenjak kerja-kerja melebarkan jalan di kawasan berkenaan dimulakan, berbagai masalah telah dialami oleh pengusaha nurseri yang beroperasi di kawasan tersebut. Sebanyak 10 lot pengusaha telah diambil bagi tujuan pembinaan jalan, beberapa lot tidak dapat melaksanakan perniagaan dan terjejas pendapatan kerana kerja-kerja pembangunan jalan, kekurangan ruang letak kenderaan dan berbagai masalah lain telah berlaku. PKPS telah menawarkan kawasan baru penempatan semula 10 pengusaha yang terlibat ke kawasan pinggir jalan di hadapan Selangor Fruit Valley tetapi telah ditolak oleh mereka dengan alasan lokasi yang jauh dan kurang pelanggan.
Permohonan PKPS Landscaping Services Sdn. Bhd. (PLSSB) bagi membaharui Lesen T.O.L bagi tapak projek tersebut pada bulan Oktober 2008 masih belum diluluskan. Disebabkan faktor tersebut perjanjian sewaan dengan setiap pengusaha lot-lot nurseri tidak dapat diadakan antara PKPS Landscaping Services Sdn. Bhd. (PLSSB) dengan pengusaha bagi mengelak masalah perundangan.
Pihak syarikat ini sedang meneruskan usaha bagi membaharui Lesen T.O.L tapak projek berkenaan.