Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

190) PROJEK NAIKTARAF MUZIUM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek naiktaraf Muzium Negeri Selangor?

    Muzium Negeri Selangor atau juga dikenali sebagai Muzium Sultan Alam Shah ialah salah satu daripada di bawah pentadbiran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Muzium Sultan Alam Shah (MSAS) ini telah ditutup buat sementara sejak tahun 2019 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf galeri iaitu Galeri Sejarah, Galeri Adat dan Kebudayaan serta Galeri Alam Semula Jadi. Kerja-kerja naik taraf dan pengisian ini telah diiklankan secara tender terbuka pada tahun 2020 dan perlantikan kontraktor dilakukan pada awal 2021. Namun begitu, kerja-kerja naik taraf muzium telah mengalami kelewatan dan antara faktor kelewatan ialah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan masalah kewangan serius yang dihadapi oleh pihak kontraktor. Rentetan daripada pengauditan yang dilakukan oleh pihak Audit Dalam SUK Selangor pada tahun 2022, pihak PADAT telah menamatkan perkhidmatan kontraktor sedia ada kerana gagal untuk menyiapkan kerja-kerja seperti yang dimohon.  Kini, pihak PADAT dalam proses melantik kontraktor bagi menyambung kerja-kerja naik taraf dan pengisian semula muzium dan pengiklanan dilakukan secara tender terhad yang telah diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri pada 24 Julai 2023 kepada 5 syarikat yang kompeten. Muzium Sultan Alam Shah dijangka akan dibuka semula pada awal bulan Jun 2024.

  2. Berapa kos yang telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut?

    Kos keseluruhan bagi kerja-kerja naik taraf galeri-galeri di Muzium Sultan Alam Shah adalah sebanyak RM 2,407,268.00. Kos yang telah dibelanjakan setakat bulan Oktober 2023 adalah sebanyak RM 1,537,555.00 dan berbaki sebanyak RM 869,713.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.