Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

30) PROJEK NAIKTARAF LEBUHRAYA DUN RAWANG

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan maklumat terkini berkenaan kerja menaik taraf lampu jalan di Lebuhraya FT01 (Selayang menghala ke Templer Park).

    Pihak JKR telah memasang sebanyak 62 unit Lampu Solar LED dan 3 unit lampu LED disepanjang jajaran laluan FT01 (Selayang menghala ke Templer Park) kiri dan kanan jalan sepanjang 5 Km.

  2. Nyatakan projek menaiktaraf jalan yang akan telah dirancang untuk kawasan DUN Rawang.

    Antara jalan yang dirancang di dalam kawasan DUN Rawang ialah Projek Menaiktaraf Jalan Negeri B27 (Missing Link), Jalan Rawang – Batang Berjuntai, Daerah Gombak, Selangor. Projek ini telah selesai fasa rekabentuk terperinci. Perolehan projek ini bergantung kepada keupayaan kewangan dan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan yang diterima.

Lampiran

Tiada Lampiran.