Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

110) PROJEK NAIKTARAF JALAN B48 SEPANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah tarikh jangkaan permulaan baki kerja - kerja projek menaiktaraf Jalan B48 di Sepang?

    Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor bagi Projek Menaiktaraf Jalan B48 dari Simpang Tiga Jenderam ke Pekan Sepang Lama (Fasa 3) Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan (Pakej A: Ch. 0.000 – 5450.000) telah dikeluarkan pada 15 Ogos 2023. Lanjutan itu, proses tender semula terhadap baki kerja projek ini telah dilaksanakan pada 4 Oktober 2023.

     

    Skop kerja utama proses tender semula ini merangkumi kerja pembinaan struktur Insitu Box Culvert dan Pedestrian Bridge, kerja turapan jalan, kerja sistem perparitan dan kerja pemasangan New Jersey Barrirer (NJB).

     

    Pihak JKR Selangor dalam proses penilaian akhir tender dan jangkaan tarikh Surat Setuju Terima (SST) serta tarikh masuk tapak bagi kontraktor yang berjaya adalah pada minggu pertama Mac 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.