Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
209) PROJEK NAIK TARAF PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah hasil kajian Kerajaan Negeri ke atas projek ini?
Pusat sedia ada sedang beroperasi di atas tanah milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seluas 2.4681 hektar (6.0987 ekar) ekar di Jalan Raja Chulan, Sabak Bernam. Disebabkan oleh bilangan pelatih yang dijangka bertambah pada masa akan datang dan tempat yang terhad untuk penambahan bangunan selain bangunan sedia ada tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) atau kini dikenali sebagai Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) kerana bangunan pada asalnya adalah bangunan milik Jabatan Kerja Raya (JKR) yang hanya mempunyai Sijil Siap Praktikal (CPC), maka MAIS bercadang membangunkan Pusat ini di tanah lain milik MAIS bagi menyediakan susun atur bangunan yang lebih sistematik, mematuhi kehendak semasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bagi menyediakan ruang yang kondusif untuk pembangunan akan datang berserta kawasan rekreasi dan aktiviti yang kondusif untuk
-
Berapakah peruntukan yang disediakan untuk membina pusat tersebut?
Kelulusan peruntukan bagi cadangan pembangunan pusat ini akan dipohon ke dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Bil.2/2016 yang akan diadakan pada 15 Mac
-
Adakah projek ini akan diteruskan dan kawasan manakah yang dipilih oleh Kerajaan Negeri untuk pembinaan pusat tersebut?
Projek ini akan diteruskan. Lokasi yang dicadangkan adalah seluas 10.01 ekar bersebelahan Institut Latihan Dan Dakwah Selangor (ILDAS) iaitu di atas sebahagian tanah milik Majlis Agama Islam Selangor di Lot 5042, Mukim Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Kelulusan lokasi ini akan dipohon ke dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Bil.2/2016 yang akan diadakan pada 15 Mac